Astagfirullah.. Ampunkan dosa2 kami, berkati kami YA ALLAH :)

Wednesday 9 January 2013

Susu Kambing sebagai Minuman


Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing. Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

MENGAPA SUSU KAMBING MENJADI PILIHAN?
Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi. Walaupun ada unta, mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing?

Sifat kambing yang suka berpecah dari kumpulan, memerlukan kesabaran kepada penternaknya. Begitulah para rasul yang sebahagian besar dari mereka adalah penternak kambing. Kalau dalam satu kumpulan kambing mesti ada seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji.

Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya.
Nabi SAW meminum segelas susu panas sebelum tidur.

Menternak kambing mengajar rasa tawaduk. Para nabi tidak menternak unta walau[un ia lebih besar dan lebih bernilai berbanding kambing. 
Nabi SAW pernah menyebut, "Ternaklah kambing kerana padanya ada barakah atau keberkatan”.
Nabi SAW disusui oleh ibunya Saidatina Aminah. Kemudiaan diserahkan kepada Halamatus Saadiah sebagai ibu susunya yang kedua. Memang menjadi kebiasaan orang Arab menyerahkan anak-anak mereka kepada ibu-ibu di kampung yang baik akhlaknya.

Susu kambing boleh meningkatkan IQ dan EQ. Terdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi.
Susu kambing hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Ia boleh menjadi susu alternatif jika ibu tidak dapat menyusui. Susu kambing boleh dijadikan sebagai supplement, tetapi BUKAN menggantikan susu ibu. Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu). Semua peringkat anak-anak, remaja dan orang dewasa dianjurkan meminum susu kambing.

Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia. Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit). Ia mempunyai kalori yang tinggi. Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan.
Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya tidak akan hilang berbanding susu-susu ternakan lain seperti lembu. Susu kambing yang baru diperah tidak berbau hamis atau hanyir dan sangat sedap. Jika berbau hamis, masukkan sedikit halia atau daun palas supaya tidak berbau.

KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING
Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A. Mengandungi faktor anti-arthritis (inflamasi sendi) dan anti barah. Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu kambing boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer. Ia mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil.

KHASIAT SUSU KAMBING
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Para penternak serta penggemar susu kambing bersepakat mengatakan susu kambing lebih banyak khasiatnya dalam menyembuh serta mencegah penyakit seperti
1. Penyakit demam kuning.
2. Penyakit lemah jantung.
3. Penyakit darah tinggi / pening-pening.
4. Penyakit sendi sendi dan buah pinggang.
5. Penyakit batuk kering.
6. Penyakit yang menyerang jantung,limpa dan hati.
7. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
8. Cukup bermanfaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
9. Sesuai diminum di waktu pagi dan malam sebelum tidur.
Lagi mengenai kambing di sini


No comments:

Post a Comment