Astagfirullah.. Ampunkan dosa2 kami, berkati kami YA ALLAH :)

Thursday 3 January 2013

Scan + Period.Cerita macam2

Jadual period Ummi yang sempat tercatat dalam hp pada tahun 2012

 17 July 2012 (sepatutnya period time ni tapi x period, 28hari sebelum tarikh ni Ummi ada period)

16 ogos 2012 (akhirnya period selepas miss 1 cycle, maksudnya tepat 2 cycle dari period bulan 6 baru turun period, Ummi banyak bt Upt test time ini)

 13 september 2012 (Ummi sepatutnya period pada tarikh ini tapi rasanya terlambat.. 3 hari kemudian baru period keluar)

15 October 2012 ( Ummi period..disebabkan period Ummi agak teratur, jadi Ummi sudah plan mahu trying to conceive time cuti sekolah.

13 november 2012 ( Ummi period..lambat sehari ja dr expectation.. Ummi period ketika honeymoon dengan Abah di Kundasang)

 Selepas balik dari Kundasang, tergerak hati Ummi untuk pergi ke Klinik Doktor Puan untuk mendapatkan nasihat mengenai waktu subur.

Ummi dan Abah serius untuk mendapatkan maklumat yang perlu diketahui supaya kami dapat membuat perancangan untuk berusaha mendapatkan baby. Tengah hari dalam pukul 1 lebih..Ummi dan Abah sudah sampai di KK selepas bertolak dari Kundasang. Ummi dan Abah terus ke SMC sebab Ummi mahu mendapatkan nasihat daripada Doktor Helen..doktor yang pernah cek up Ummi dulu. Tapi sesampai saja disana, nurse memberitahu bahawa doktor Helen sudah tidak lagi bertugas di SMC. Dia sudah menjadi pensyarah di Universiti.

Lalu Ummi dan Abah pergi ke KK Specialist Centre dengan harapan dapat berjumpa dengan doktor perempuan, iaitu DR.Felice. Namun, klinik Dr.Felice tersangat lah ramai pengunjung,perlu tunggu dan buat appoinment. Disebabkan sudah tidak sabar-sabar lagi, Ummi dan Abah terus ke Klinik Doktor Sarva.Doktor memberitahu supaya Ummi dan Abah berusaha pada waktu tertentu yang dia syorkan. Sebenarnya Ummi tahu semua itu,Ummi sudah banyak membaca mengenai fertile time..tapi Ummi sengaja mahu doktor cakap depan Abah supaya Abah faham dan yakin. Ummi tidak mahu cuma Ummi saja yang mahu lebih-lebih pada pikiran Abah:)

Untuk consultation yang pendek dan scan,Ummi kena bayar rm80..tidak apa, ini usaha untuk mendapatkan baby..insya Allah:)

 11 december 2012 sepatunya Ummi period..tapi Ummi tidak period juga..padahal Ummi dan Abah sudah pun berusaha ketika fertile time itu (ketika cuti sekolah). Selepas 4 hari tidak period,Ummi pergi ke Klinik Doktor Sarva. Doktor Sarva sekali lagi scan. Dia mengatakan bahawa mungkin Ummi tidak ovulate..(tapi i think mungkin jg Ummi akan ovulate lewat...huhu) Doktor bagi ubat turun darah kepada Ummi,Norcolut dimakan selama 5 hari. Selepas makan norcolut beberapa hari (2-3 hari) sepatutnya Ummi bakal period..dan Ummi perlu start makan Clomid pada hari kedua period.

 Ohnooo..ketika Ummi menulis ni..erm..Ummi rasa menyesal pula..kenapa lah Ummi tidak tunggu shj beberapa hari lagi sebelum jumpa doktor Sarva haritu..padahal Ummi baru lewat 4 hari shj pun. uhuhu..tapi i have started it, mudah-mudahan ada hikmah disebaliknya..
Ya Allah tunjukkanlah kepadaku dan suamiku jalan yang betul untuk kami mendapatkan cahaya mata..Amin

 Ummi stop dulu..not in a good mood..Ummi takut+risau..

No comments:

Post a Comment