Ummi sudah mula consume pil habbatus sauda.. Ummi pernah terbaca hadis mengenai habbatus sauda ini, sudah lama Ummi mencari pil ini..kali ini Ummi jumpa di 1Borneo ketika berjalan-jalan dating dengan Abah..(heheh..sambil tujuan utama membeli lip tatoo shizen)
Nabi
Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari
kitab
Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat
sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”
(HR.Bukhari, Muslim)
Inilah hadis yang Ummi pernah baca suatu ketika dahulu pasal habbatus sauda. 'Ubat segala jenis penyakit kecuali maut'...tentu banyak khasiat Habbatus sauda ini.
Ummi pernah terbaca juga habbatus sauda ini bagus dimakan bagi sesiapa yang ingin hamil. Selain habbatus sauda, juga disarankan makan kurma, minum susu kambing untuk mudah hamil, insya Allah:)
Tapi Ummi belum beli kurma dan susu kambing lagi. Ummi akan beli hujung minggu ini insya Allah:)
Disini Ummi senaraikan beberapa khasiat Habbatus sauda ini secara ringkas:
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu
Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al
Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat
mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran
menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary
tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Semoga bermanfaat kepada diri.
9.26pm, Isnin
No comments:
Post a Comment