Astagfirullah.. Ampunkan dosa2 kami, berkati kami YA ALLAH :)

Wednesday 2 January 2013

Semangat Ummi, Up & Down


Waktu mula menulis: 10.21pm

Ummi dan Abah mula serius untuk mendapatkan cahaya mata sejak daripada mula cuti sekolah hujung tahun lepas. Tetapi sebenarnya sudahpun mula berusaha sebelum itu lagi, setiap bulan Ummi akan catat waktu period Ummi, catat waktu sepatutnya subur dan waktu kemungkinan period.

Memang Ummi dan Abah ada berusaha sepanjang tahun 2012, tetapi Ummi tidak tahu yang sebenarnya banyak yang perlu diketahui untuk hamil ni. Sampai lah pada bulan Jun 2012, period Ummi delayed..sebelum itu period Ummi sudah mula OK kira-kira bermula dari bulan Mac 2012. Setiap hari boleh katakan Ummi berharap Ummi sebenarnya pregnant. Ummi beli Pregnancy test untuk cek, tapi keputusan..Negatif :(  Ummi beli hampir 7 untuk cycle yang delay tu..tapi semua negatif, cuma ada satu shj yang faint line.. tapi mungkin cuma false result,sebab bila Ummi cek dengan Pregnancy test Clear Blue yang paling mahal (Rm25+)..keputusannya Ummi not pregnant. Sampai lah tepat 2 cycles (sebulan period delay), barulah period keluar. Nasib baik Ummi dan Abah belum sempat pergi Scan mana2 klinik. Sebelum tu Ummi sudah nekad akan buat scan untuk kepastian. Penantian walau sehari menunggu apa yang terjadi kepada Ummi ketika itu sungguh menyiksakan. Ummi sedikit tertekan dan kurang fokus dalam perkara lain.

Ummi banyak membaca info dan forum dalam internet tentang pregnancy sejak dari kejadian itu, banyak yang Ummi baca..ada yang memberi harapan,ada yang memberi negatif thought. Suami marah Ummi banyak baca pasal pregnancy, dia tidak mahu Ummi stress sebab fikir benda tu. Tapi Ummi jenis yang tidak boleh tahan kalau Ummi ingin tahu sesuatu, Ummi mesti terus Google;p


Sejak itu Ummi dapat banyak ilmu tentang pregnany, itu menambahkan lagi keinginan Ummi untuk hamil. Period Ummi jadi normal selepas tu..setiap bulan Ummi datang bulan..dalam erti kata lain tidak berjaya lagi,hehe..mungkin sebab faktor berjauhan mengurangkan chances untuk berusaha ketika fertile time.

Period Ummi memang agak bermasalah sebelum kahwin, Ummi pernah mendapat rawatan dari doktor Helen Benedct di SMC..ketika itu Ummi belum berkahwin,masih lagi seorang pelajar. Mama yang bawa ke sana sebab risau period Ummi yang tidak teratur. Doktor cakap mungkin faktor Stress belajar menyebabkan period Ummi jadi begini. Doktor nasihat tidak perlu risau. Doktor bagi ubat perancang untuk melancarkan haid setiap bulan, Diane-45.

Ummi juga sempat period sebelum kahwin, kemudian selepas kawin cycle seterusnya period Ummi jadi masalah balik, mungkin juga faktor stress, ,masih belum biasa dengan keadaan selepas kawin.

Ummi dan Abah pernah berfikir untuk honeymoon dulu setahun sebelum pregnant. Sampai pernah terpikir utk mengguna contraceptive, sebab tu mungkin penyebab kenapa Ummi belum dapat pregnant tahun 2012...:p  Namun kini sudah setahun kahwin, kami berdua inginkan zuriat kami sendiri, Ummi pun sudah sampai stress2 fikir pasal mahu anak.. bila orang lain tanya psl anak, bila tengok orang berjaya pregnant, bila tengok orang bahagia dengan anak-anak mereka. Paling cepat dapat news dari Facebook, c *** sudah pregannt, c *** sudah bersalin..sgt stress..~! Kadang-kadang bila buka facebook jadi takut kalau-kalau ada lagi berita yang boleh bt Ummi down..

Ummi bukan tidak suka tengok berita gembira dari orang lain, Ummi suka.. Ummi pun tumpang gembira. Tapi.. i dont know.. since sudah berumah tangga ni Ummi jadi sensitif bila tgk suami isteri lain post good news or any good fortune.. lagi2 bila tgk rakan2 rapat, saudara mara, orang-orang yang berkahwin sama waktu dengan Ummi, orang yang baru kahwin dapat good news.. Ummi jadi down untuk diri sendiri..

Apapun, ramai juga yang memberi kata-kata positif kepada Ummi seperti " jgn risau, masanya akan tiba jg untuk kamu:)" "honeymoon la dulu:)" "nanti sampai masanya adalah tu rezeki anak:)" "tidak lama ada la tu,usaha saja banyak2:)".. terima kasih kepada mereka yang pernah berkata-kata sedemikian yang boleh menaikkan semangat Ummi. Semoga Allah memudahkan hati kalian ketika berada dalam kekusutan.


waktu tamat menulis: 11.07pm


No comments:

Post a Comment