Astagfirullah.. Ampunkan dosa2 kami, berkati kami YA ALLAH :)

Monday 7 January 2013

Keputusan lab repot darah 28 dec 2012

Ummi sudah pun ambil keputusan lab repot darah Ummi yang doktor ambil tempoh hari pada 5 januari (sabtu). Nasib baik kali ini tiada bayaran yang dikenakan, Ummi cuma datang untuk cek tekanan darah dan berjumpa doktor sekejap.

Doktor bertanya sama ada Ummi sudah period, Ummi jawab ya Ummi sudah period pada 31/12/2012 (isnin). Doktor beritahu Ummi tiada apa-apa masalah kalau melihat kepada keputusan darah Ummi..Syukur alhamdulillah.
 

F.S.H       4.4   IU/L
L.H          7.6   IU/L
Prolactin    16.7 ug/L   (1.4 - 24.2)
Oestradiol     264  pmol/L 
Free thyroxine (FT4)    16.6 pmol/L    (9.0 - 25.0)

Terima kasih Abah sebab teman Ummi masuk jumpa doktor. Ummi memang tidak pernah jumpa doktor sorang-sorang,hehe. Saat ini memang Ummi perlukan sangat moral support dari orang lain terutama dari suami:)

Ummi cuma perlu tunggu sampai hari ke 12 cycle, iaitu pada 11 januari (jumaat) untuk doktor cek telur sama ada sudah available untuk di suntik dengan..Ummi pun xtau dengan apa.

Ummi harap cycle kali ini Ummi ovulate dengan menghasilkan telur yang sihat, berkualiti tinggi untuk disenyawakan..insya Allah :)

Ummi juga berharap Allah mudahkan urusan Ummi dan Abah untuk bersama pada hari yang sepatutnya Ummi subur..insya Allah :)

10.07 pm, Isnin

No comments:

Post a Comment