Astagfirullah.. Ampunkan dosa2 kami, berkati kami YA ALLAH :)

Monday 7 January 2013

Bersihkan hati

Bila hati bersih,

Hati jadi tenang...kerisauan berkurangan,
Tiada hasad..tiada dengki..tiada iri hati,
Hati sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah.. yakin setiap perkara yang DIA tentukan pada diri ada hikmahnya:)

Bila hati bersih,

Tidak kisah apa yang orang lain ada, apa yang orang lain dapat..kerana masing-masing ada bahagiannya di dunia..dan di akhirat jangan lupa:)
Apa yang ada pada diri..disyukuri, dihargai, dicintai, dijaga sebaik mungkin

Bila hati bersih,

Ada suatu tolakan yang membawa diri dan hati mendekati pencipta..Allah tuhan semesta alam,
Hati meminta-meminta hidayah dariNYA..mengharapkan petunjuk agar diberi kekuatan untuk terus beribadat, melakukan kebaikan, meninggalkan kejahatan..
semoga istiqamah

 Bila hati bersih,

Solat jadi ringan,
Al quran sentiasa di tangan..di baca dalam sebaik bacaan, diteliti terjamahannya.
Alhamdulillah.. berapa pahala untuk diri yang sentiasa ingat, semua diri serahkan pada Yang Maha Pemurah.


Bila hati bersih,

Ketika itu, saat itu..diri berharap agar hati tetap kekal bersih, malah bertambah lagi cahayanya..
Bersih hati, cantik amalannya, baik akhlaknya.. berkat dan rahmat melimpahinya.. insya Allah

p/s Ummi pernah terdengar Dr. Fadhilah Kamsah berpesan dahulu (waktu itu Ummi cuma belasan tahun), setiap kali selepas solat atau pada bila-bila masa pun berdoa lah kepada Allah S.W.T agar dibersihkan hati kita. Ummi pernah amalkannya dulu, memang terasa keberkatannya. Namun suatu masa Allah menguji, Ummi tidak lagi berdoa untuk dibersihkan hati..Ummi sudah lupa untuk meminta perkara penting ini. Tapi Ummi harap selepas pada hari ini Ummi akan terus berdoa untuk dibersihkan hati. 

Ya Allah bersihkan lah hati ku, beri petunjuk dan cahaya kepada hati ku agar aku terus berada di jalanMu yang benar..Amin

9.54pm, Isnin








No comments:

Post a Comment