Astagfirullah.. Ampunkan dosa2 kami, berkati kami YA ALLAH :)

Wednesday 2 January 2013

Keputusan Lab Repot Darah 2010


Ini Lab Report Ummi ketika tahun ketiga berada di University. Doktor yang memantau Ummi ketika ini adalah Doktor Sarah Li.. seorang Cina immagrants yang mungkin sudah menetap lama di Nz.

Ummi kurang suka dengan Doktor Sarah Li berbanding doktor-doktor yang Ummi pernah jumpa di Student Healty Centre Univ. Doktor Sarah Li sedikit garang, dibandingkan dengan doktor lain yang pernah merawat Ummi di tempat ini mereka sangat berlemah lembut dan bersopan santun.

Walau bagaimanapun, Ummi sudah ditakdirkan untuk mendapat Doktor Sarah Li sebagai doktor panel Ummi. Ummi menceritakan masalah Ummi yang period tidak teratur, dan dia memberi nasihat dan cek up terhadap Ummi. Oleh itu, Ummi kena berjumpa dengan Doktor Sarah Li beberapa kali.

Kali terakhir adalah ketika dia menyerahkan repot keputusan darah Ummi dan memberikan Ubat perancang yang ala-ala Diane-45 untuk dimakan selama 6 bulan. Doktor disini tidak berani untuk prescribe ubat lain kepada Ummi, jadi jalan selamat memberi ubat yang pernah Ummi makan untuk masalah yang sama.

Ketika bercakap mengenai repot, Doktor Sarah Li memberitahu tiada apa-apa masalah pada diri saya kalau mengikut repot darah yang diperolehi. Namun, doktor ini pun tidak tahu kenapa Ummi jarang period ketika itu.

date : 23 July 2010

17oh Progesterone -     3nmol/L   (0-15)

testosterone-          2.3 nmol/L   (0.5-2.5)

Prolactin -           174mIU/L  (100-500)

Luteinizing Hormone-       18.5 IU/L     (follicular 2-13, Ovulation 14-95, Luteal 1-12)

F.S.H                 5.4 IU/L    (follicular 3-12, midcycle 5-22, Luteal 2-8 )

 T.S.H -              1.3 mIU/L     ( 0.4-3.8)

Ferritin               33.8 ng/mL    (15-150)


waktu tamat menulis : 12.07 malam

Good Night!


No comments:

Post a Comment