Astagfirullah.. Ampunkan dosa2 kami, berkati kami YA ALLAH :)

Monday 7 January 2013

Merentas Desa

Tadi di sekolah ada mesyuarat untuk program merentas desa. Sebagai ketua rumah sukan Neptune..hukhuk.. Ummi diberi peta untuk merentas desa nanti. Ummi juga kena handle perjumpaan rumah sukan esok..Ummi have no idea what to do..Ummi ini bukanlah orang yang suka pasal sukan, dari zaman sekolah lagi tidak pandai/tidak suka terlibat dalam sukan.

Mungkin esok Ummi perlu beritahu pelajar pasal program merentas desa ini yang akan diadakan pada jumaat ini. huhuh..semoga dipermudahkan.

Ummi juga sudah minta bapa beli kain warna biru 4 meter untuk rumah sukan neptune. Ummi perlu potong kain itu kecil2 setakat boleh diikat ditangan pelajar...tapi macam belum cukup lagi.

9.17pm, Isnin

No comments:

Post a Comment